Sistem Maklumat Murid (APDM)
Diminta murid-murid sentiasa peka dengan kutipan data-data yang dilakukan oleh guru kelas masing-masing. Semua maklumat penting untuk diisi agar tidak berlaku keciciran bantuan dan juga peruntukan untuk kegunaan bersama.
Pembelian Alat Tulis dan Kelengkapan Persekolahan (NORMA BAHARU)
Segala kelengkapan dan alat tulis boleh diperolehi di Kedai Buku PIBG. Waktu operasi ialah pada :
Rehat : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Pulang Sekolah : 12.00 Tgh - 1.00 Ptg
* Kedai buku akan beroperasi jika terdapat permintaan dari pihak pentadbiran dan juga komuniti sekolah.
* Penjarakan sosial ( 5 Orang Pelanggan ) pada satu-satu masa boleh berada di dalam Kedai Buku PIBG
Rehat : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Pulang Sekolah : 12.00 Tgh - 1.00 Ptg
* Kedai buku akan beroperasi jika terdapat permintaan dari pihak pentadbiran dan juga komuniti sekolah.
* Penjarakan sosial ( 5 Orang Pelanggan ) pada satu-satu masa boleh berada di dalam Kedai Buku PIBG
Kerja Rumah dan Latihan Guru
Untuk mengelakkan kerja rumah dan latihan dapat disiapkan dengan baik dan tepat pada masanya. Pihak sekolah akan membuat pemantuan secara berkala. Sebarang ketidakakuran akan diambil tindakan sewajarnya, untuk kebaikan semua pihak dan menjadikan anda berjaya dan berdisiplin.
Pemberian Bantuan serta Sara Diri
Pihak sekolah memandang serius tentang keciciran murid-murid yang layak mendapatkan bantuan. Oleh itu bantuan dari murid-murid diperlukan untuk menyediakan maklumat yang tepat dan benar. Penting sekali mengembalikan borang-borang yang diedarkan tepat pada masanya. Jika maklumat tidak sampai, ini akan menjejaskan penyaluran bantuan yang bakal diberikan. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.
Perlaksanaan Kad Keluar Kelas dan Bancian Murid Sepadu
Badan disiplin akan memperkenalkan kad keluar kelas untuk membendung segelintir murid-murid yang menggunakan peluang untuk ke tandas, merayau-rayau ke bangunan lain. Ini akan merugikan masa dan sesi pembelajaran anda. Oleh itu, tindakan akan diambil sekiranya anda masih merayau-rayau tanpa kad kebenaran tersebut. Bancian akan dilakukan setiap pagi untuk memastikan kehadiran murid dipantau. Ini bertujuan agar murid-murid berada di sekolah dalam keadaan kondusif dan bersedia menghadapi pembelajaran.
Buku Teks (SPBT)
Murid tidak perlu panik dan bimbang. Buku teks untuk kegunaan murid pada sesi persekolahan akan diuruskan dengan baik oleh guru. Sekiranya terdapat ketidakcukupan, guru akan membantu mengatasinya. Jangan risau masalah akan selesai dengan baik sekiranya diberi masa dan kepercayaan.