Cadangan Pembelian Alat Tulis / Kelengkapan Persekolahan
Tarikh Peperiksaan UPSR 2021
Seperti sedia maklum pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan tarikh bagi peperiksaan UPSR.
-
Makluman Lanjut boleh layari :
-
Makluman Lanjut boleh layari :
Peperiksaan UPSR 2021
Anak jagaan kita akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Oleh itu mohon kepada semua agar dapat memberikan komitmen yang padu untuk menjanakan kecemerlangan bukan sahaja kepada mereka tetapi untuk kita sebagai insan yang dekat dengan mereka. Segala tenaga yang dicurahkan dalam bentuk fizikal dan mental memberikan mereka nilai tambah dalam menghadapi peperiksaan dan juga mengapai kejayaan yang cemerlang. Tahniah dan syabas sekiranya anda telah melakukan yang terbaik...
Tatacara tuntutan TPSM (INSURAN)
Murid-murid sekolah seluruh Malaysia dilindungi dengan program Insuran. Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajarpelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” merasa suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
Markah Prestasi Anak Jagaan
_SEMAKAN IBUPAPA.
SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak
ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan
di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis
peperiksaan dan jenis laporan.
PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah )
Untuk makluman lanjut sila klik pada ikon.
KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )
_
APA ITU KSSR?? KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.
Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
_
Aliran SBP Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1

- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
- Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
- Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
- Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
- Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP ini akan ditutup pada
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan.
- Bagi mendapatkan lebih maklumat sila rujuk; moe.gov.my.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel [email protected]
- Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah
warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja,
memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada
pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar
bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.
- Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?
Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja
selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui
laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.
- Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?
Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.
- Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop
terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah
untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.
- Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih
oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk
kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.
Sistem Maklumat Murid
Di minta agar ibu bapa dan penjaga membekalkan pihak sekolah dengan maklumat asas yang tepat untuk mengelakkan keciciran bantuan dan pemberian kepada murid-murid yang sebahagiannya adalah anak dan jagaan tuan/puan. Pihak sekolah akan mengalami sedikit kesulitan sekiranya maklumat yang dibekalkan ini tidak berketepatan. Oleh itu kerjasama dari semua pihak diperlukan. Amatlah diharapkan agar pihak tuan/puan sentiasa peka dan pihak sekolah akan memaklumkan dari masa ke semasa melalui pelbagai cara dan kaedah sama ada :
Website : http://sektem2004.tripod.com
Facebook : skfelda tementi (community)
Twitter : skfeldatementi
Bercetak (banner dan makluman)
Website : http://sektem2004.tripod.com
Facebook : skfelda tementi (community)
Twitter : skfeldatementi
Bercetak (banner dan makluman)
Buku Teks (SPBT)
Pihak sekolah sedaya upaya akan menguruskan skim ini dengan jayanya. Sekiranya terdapat kekurangan diminta agar para ibubapa dan penjaga bersabar. Ini mungkin kerana pengurusan dari segi perpindahan murid-murid dari beberapa sekolah dan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Harap bersabar dan pihak sekolah akan membantu dari segala segi termampu. Pengorbanan anda amatlah dialu-alukan.